Kulit Buah Petai Belalang Lembutkan Kulit

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Kulit Buah Petai Belalang Lembutkan Kulit

petai_belalang

Pokok petai belalang adalah sejenis pokok renek yang boleh mencapai ketinggian 20 meter. Ia juga biasa tumbuh di kawasan semak-samun. Terdapat banyak cabang yang kembang keluar daripada bahagian tengah. Daun pokok petai belalang lebat tetapi pada hujung ranting. Rupa daunnya majmuk jenis bipinat dan panjang daun sehingga 35 sentimeter.

petai-belalang

Bunganya kecil berbentuk bebola dan berwarna putih. Terdapat beberapa jambak pada satu pucuk ranting. Buah petai belalang pula adalah jenis kekacang, seperti petai yang sangat kecil. Buahnya tumbuh lurus dan merekah apabila masak. Ia berwarna hijau ketika muda dan coklat apabila matang. Satu buah mengandungi 15 hingga 30 biji dalam satu baris. Kulit buah pula nipis.

Banyak kengunaan pokok petai belalang. Kayu pokok boleh digunakan sebagai sumber kayu api dan arang. Ia juga boleh dijadikan pokok naungan untuk tanaman kopi dan koko. Pokok petai belalang turut dijadikan sebagai makanan haiwan, baja hijau, pagar dan sebagai sokongan hidup untuk dipanjat oleh lada hitam, markisa, ubi gadung dan sebagainya.

Daun petai belalang mengandungi fosforus, kalium, kalsium, magnesium, mimosin, nitrogen, leukanol, lignin, selulosa, hemiselulosa, polifenol dan banyak protein. Biji dan daunya mengandungi gam jenis galaktomanan dan asid amino taksik mimosin. Dikatakan juga buah petai belalang mampu menyumbangkan protein dan mineral dalam permakanan.

petai_belalang

Merawat Demam Campak

Selain memiliki khasiat makanan dan kegunaan lain, petai belalang juga memiliki nilai dan khasiat perubatannya yang tersendiri. Di Myanmar, daun pokok petai belalang yang telah dihancurkan ditampal pada bahagian tubuh yang disengat haiwan dan serangga berbisa.

Di Malaysia, daun pokok petai yang masih muda dikatakan boleh dicampurkan bersama beras dan kemudian ditumbuk hancur. Ramuan ini boleh ditampal di sekeliling leher untuk merawat batuk. Ramuan yang sama juga boleh disapu di sekeliling tubuh utnuk merawat demam campak.

Daun yang telah dibakar dan dihancurkan kemudian dicampurkan dengan  minyak kelapa dikatakan boleh ditampal pada tubuh untuk merawat skurf atau kulit kering seperti kelemumur. Daun pokok petai belalang juga boleh digunakan sebagai bahan mandian herba untuk membersihkan tubuh.

Di Indonesia, biji pokok petai belalang jijadikan ramuan ubat untuk mengeluarkan cacing dalam usus dan juga sebagai ramuan untuk diabetes. Di Filipina, biji-biji yang telah dipanggang digunakkan sebagai ubat bagi meningkatkan pengeluaran haid.

Biji petai belalang yang telah dipanggang, dihancur dan dicampur sedikit air disapu pada kulit untuk melegakan, melicinkan dan melembutkan kulit. Kulit buah petai belalang dikatakan boleh direbus dan dijadikan air mandian atau disapu pada kulit untuk merawat penyakit kulit seperti kulit kasar, ruam dan melembutkan kulit.

Walaupun terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat petai belalang, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *