Zikir, Amalan, Doa Mudah Bersalin Menurut Islam

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Zikir, Amalan, Doa Mudah Bersalin Menurut Islam

zikir doa amalan petua mudah bersalin menurut islam

Pengalaman pertama mengandung sememangnya suatu pengalaman yang sangat indah.

Masuk trimester III iaitu bulan ke-7 kehamilan, pastinya bakal ibu sangat terasa aura melahirkan dan mulalah rasa tidak senang duduk kerana memikirkan bagaimanakah dengan pengalaman pertama bersalin. Ramai yang mula mencari di manakah hospital pilihan dan ada juga yang takut untuk bersalin secara normal atau pun caesarean.

Sebagai umat Islam kita sememangnya disarankan kembali kepada doa dan amalan semasa hamil dan terus bersedia dengan doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin.

InShaAllah 🙂

Antara doa, zikir, amalan dan petua mudah bersalin antaranya adalah:

1. Sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. dengan bertasbih dan bertahmid kerana ia memiliki pahala besar, di tunjukkan oleh beberapa hadits berikut ini:

amalan zikir tasbih

zikir amalan tahlil tahmid istighfar

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ : سُبْحَانَ اللَّهِ ، وبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ

“Dua kalimat yang ringan diucapkan lisan, berat ditimbangan, dan dicintai oleh Al-Rahman (Allah): Subhaanallaahi Wa Bihamdihi Subhaanallaahil ‘Adzim.” (HR. Muttafaq ‘Alaih)

Lagi dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda,

مَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ

“Siapa yang mengucapkan: Subhanallah wa Bihamdihi (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak seratus kali, maka dihapuskan segala kesalahan (dosa)-Nya walaupun sebanyak buih dilaut.” (Muttafaq ‘alaih)

Syaikh Abdullah bin Abdurrahman al-Bassam dalam Taudhih al-Ahkam menjelaskan tentang fadhilahnya, “Maka barangsiapa yang menyucikan Allah (bertasbih) dan memuji-Nya (tahmid) sebanyak 100 kali pada pagi dan petang hari, niscaya mereka akan memperoleh pahala yang sangat besar; berupa diampuninya seluruh dosa dan kesalahannya meskipun jumlahnya amat banyak seperti buih di lautan. Hal ini adalah merupakan keutamaan yang mulia dan pemberian yang melimpah.”

Sumber: voa-islam.com

2. Di antara amalan-amalan yang dilakukan ketika sedang hamil ialah memperbanyakkan membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Sunni daripada Fatimah Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:

“Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila (Fatimah) hampir melahirkan, Rasulullah memerintahkan Ummu Salamah dan Zainab binti Jahsyin menghampir Fatimah maka Baginda membaca ayat Al-Kursi dan surah Al-‘Araf (ayat 54) di sisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca surah Al-Falaq dan An-Nas”.

Doa Nabi Yunus/ Tasbih Nabi Yunus

doa nabi yunus tasbih yunus Al-Anbiya' 87

“Tidak ada Tuhan yang sebenar yang disembah melainkan engkau, Ya Allah Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim” (Al-Anbiya’, 87)

doa amalan zikir ali imran 38

“Ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat yang baik sempurna. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

doa amalan zikir dapat anak soleh

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

doa amalan zikir berserah diri pada allah

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Ayatul Kursi

doa amalan zikir bacaan ayat kursi ayat qursi

Surah Al-A’raf (54)

doa amalan zikir surah al-A’raf 54

“ Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam atas Arasy. Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan silih berganti. Dan Dia menciptakan Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah jua tertentu urusan menciptakan dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam”.

Surah Al-Ansyiqaq

doa amalan zikir surah al-Ansyiqaq

Surah Maryam

doa zikir amalan surah maryam

Surah An-Nahl (78-80)

doa zikir amalan surah an-nahl 78

doa zikir amalan surah an-nahl 79

doa zikir amalan surah an-nahl 80

Surah A’basa (18-20)

doa zikir amalan surah mudah bersalin surah a’basa 18-20

Bagi ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam bejana surah Al-Ahqab (ayat 35) dan surah Al-Nazi‘at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya”.
(Hadis riwayat Ibnu Sunni).

3. Petua mudah bersalin dari segi pemakanan

Minum air zamzam

doa zikir amalan Doa minum air zam zam

Makan buah kurma

doa zikir amalan makan buah kurma sunnah nabi

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah S.A.W kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Sesungguhnya kita perlu berusaha, semua yang berlaku berkehendak dengan izin-Nya.

Semoga perkongsian doa, zikir,amalan dan petua mudah bersalin bermanfaat 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *