Set Kesuburan Shaklee dalam Membantu Masalah Kesuburan Lelaki dan Wanita
Pernikahan yang kemudiannya diiringi dengan tangisan bayi adalah suatu keindahan nikmat luar biasa yang menakjubkan.
Ramai pasangan yang mendambakan suara kecil ini.
Bersangka baik kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui segalanya.
Sesetengah pasangan yang sukar mendapatkan zuriat mungkin berpunca daripada masalah kesuburan samada suami atau isteri atau kedua-duanya sekali.
Set produk Shaklee turut merangkumi set kesuburan dalam membantu masalah kesuburan lelaki dan wanita.
Mari saya rungkaikan apakah keistimewaan dalam setiap satu itu yang boleh membantu masalah kesuburan tersebut:
Set kesuburan Shaklee mengandungi set asas yang terdiri daripada Vita-Lea, B-kompleks dan juga Vita-C.
Set kesuburan untuk lelaki iaitu Vitamin E dan Zink
manakala
GLA dan Alfalfa untuk set kesuburan wanita.
Vita-Lea Iron Formula
Mengandungi 28 multivitamin dan multimineral yang membekalkan hampir kesemua nutrien yang sangat diperlukan oleh tubuh. Ia sebagai elemen yang memenuhi ruang-ruang kosong dalam badan dengan nutrien yang tidak kita perolehi dalam diet harian.
Nutrien yang cukup diterima oleh sel-sel tubuh membolehkan segala fungsi tubuh dapat dilaksanakan dengan cekap.
B-complex
Ia mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Ia dapat membantu melawan tekanan atau stress dengan memastikan kesihatan fungsi saraf yang sekaligus dapat membantu meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan juga imsomnia.
Vita-C
Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi. Ia amat membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
Bertindak dalam melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress. Ia juga berperanan penting dalam pengeluaran collagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
Maka, kurang stress dan tidakla nampak tua. Ia dapat membantu menyuburkan kasih sayang 😉
Vitamin E
Popular sebagai “vitamin cinta” yang membantu untuk membangkitkan perasaan cinta dan keinginan untuk bercinta bagi isteri mahupun suami. Ia amat terkenal sebagai vitamin yang mempunyai khasiat bagi meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.
10mg selenium semulajadi yang terkandung didalamnya membantu dalam penyerapan vitamin E. Diketahui bahawa sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani maka kandungan selenium yang cukup dapat membantu hubungan seksual bagi pasangan.
Ia turut membantu menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran darah, mencegah pembentukan darah beku dan membentuk sel-sel baru (termasuk RNA & DNA).
Zinc complex
Zink merupakan zat yang sangat penting bagi meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras testosteron yang bersesuaian, serta membekalkan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.
Zink amat berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid) dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma abnormal dan penyakit prostat.
Zink juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
GLA complex
Diambil oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan gamma linolenic acid (GLA) yang menjadikan hormon stabil, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, hilang mood, retensi air, sakit payudara dan sebagainya.
Alfalfa complex
Diambil oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa membantu di dalam masalah PCOS (polycystic ovary syndrome).
Ini adalah contoh-contoh testimoni daripada beberapa orang pengguna yang telah menggunakan Set Kesuburan Shaklee 🙂 Alhamdulillah
Anda boleh dapatkan lebih pembacaan di
GLA Shaklee
Faedah dan kebaikan GLA Shaklee
Bagaimana pula dengan harga set kesuburan shaklee ini?
Jom kita tengok harga 🙂
Set asas
B kompleks RM54 120biji
Vitalea RM88.75 120biji
Vitamin C RM92.50 180biji
Set lelaki
Zink RM33 120biji
Vitamin E RM149 120biji
Set Wanita
Gla RM91.25 60biji
Alfalfa RM54 (330biji) / RM97.50 (700biji)
ESP RM150 850g
🙂 🙂 🙂
Di sini kami turut sertakan untuk anda
Doa dan Amalan Untuk Mendapatkan Zuriat
Â
11 Tips Untuk Hamil dengan Cepat
Dan sekiranya anda telah hamil 😉
Set Hamil Shaklee atau Set Mengandung Shaklee kepada Ibu Mengandung
😉 😉 😉