Apa Itu Kolesterol, Kesan dan Cara Mengatasi
Apa itu Kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.
Dua sumber utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras Kolesterol darah anda. Kandungan Kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.
CHOLESTEROL SOURCES
Bagaimana Kolesterol boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Terdapat dua jenis Kolesterol utama dalam darah anda:
– LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
– HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
LDL dikenali sebagai Kolesterol “jahat” kerana paras Kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
Sebaliknya, Kolesterol HDL dikenali sebagai Kolesterol “baik” kerana ia membantu mengangkut Kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.
Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras Kolesterol HDL yang tinggi dan paras Kolesterol LDL yang rendah.
Penyakit-Penyakit Utama Akibat Kolesterol Tinggi
– Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%.
– Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%.
– Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.
Apakah Penyebab Utama Tinggi Kolesterol?
Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta kalori, adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi Kolesterol. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan Kolesteroltidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan Kolesterolkurang daripada 200mg sehari.
Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil menu harian Malaysia seperti berikut:
Sarapan (2 keping Roti Canai) = 350mg
Makan Tengah Hari (Nasi Lemak) = 213mg
Makan Malam (Char Kway Teow) = 235mg
Anda Pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg Kolesterol! itu adalah hampir tiga kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!
Petua untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah Anda Secara Semulajadi
– Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
– Lakukan senaman lebih kerap.
– Turunkan berat badan.
– Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras Kolesterol secara semulajadi.
ATASI MASALAH KOLESTEROL ANDA SECARA SEMULAJADI DENGAN FITOSTEROL
Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam memberan sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yangn kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.
Dianggarkan 200-400 sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
Bagaimana Fitosterol Berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti Kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan Kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan Kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol.
Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang Kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras Kolesterol LDL.
Berapa banyak Fitosterol yang anda perlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras Kolesterol secara semulajadi.
BAGAIMANA Phytocol Shaklee Dapat Membantu Turunkan Kolesterol?
– PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari.
– Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol.
– Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
– Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.
Untuk memperolehi 200mg Fitosterol anda perlu ambil bersamaan
200 biji lobak merah
70 keping roti gandum
425 biji tomato
banyakkan 🙂
Sebotol Phytocol-St mengandungi 120 biji tablet
harga Phytocol Shaklee RM 197.
Rekomendasi pengambilan: 2biji setiap kali 2 kali sehari sebelum makan 🙂