Haid Tidak Teratur Selepas Melahirkan Anak

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Haid Tidak Teratur Selepas Melahirkan Anak

set bersalin shaklee

Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. Ia adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil. Namun, wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati-hati, mungkin hamil semula semasa bayi masih kecil. Ini kerana apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi. Dengan ini, anda boleh menjangka waktu subur dan berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.

set bersalin shaklee

Lazimnya, selepas melahirkan si manja, anda akan mengalami tempoh masa keluarnya darah nifas antara masa 40 sehingga 60 hari. Berakhirnya tempoh nifas bermakna organ pembiakan seseoang wanita itu telah pulih. Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid anda kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti.

Bagaimanapun ada segelintir wanita mengalami kitaran haid tidak teratur seperti sebelum hamil iaitu mengalami haid dalam tempoh masa yang panjang, singkat masa yang tidada langsung mendapat haid. Selain itu, ada juga mendapat haid keadaan yang sedikit atau banyak.

Namun gangguan haid tidak normal selepas bersalin adalah perkara biasa dan tidak bahaya jika tidak berpanjangan. Situasi ini biasanya kembali normal selepas bayi berhenti menyusu susu ibu atau mulai makan makanan pejal antara enam sehingga 12 bulan.

Bagi wanita selepas bersalin yang tidak melakukan penyusuan susu ibu, haid akan datang antara tiga dan 10 minggu selepas bersalin (secara purata 45 hari). Jika anda menyusukan secara eksklusif, anda mempunyai tempoh masa yang panjang tanpa ketiadaan haid.

Haid tidak teratur berlaku selepas melahirkan antaranya disebabkan penyusuan susu ibu, berlebihan hormon prolaktin dan pengambilan pil perancang.

Penyusuan Susu Ibu

Apabila wanita itu melahirkan bayi, badan akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai prolaktin. Hormon ini akan merangsang pengeluaran susu ibu dan pada masa yang sama menyekat pengeluaran jumlah hormon astrogen dalam badan yang memainkan peranan untuuk kitaran haid anda.

Normal jika anda tidak mendapat haid semasa anda melakukan penyusuan susu ibu. Keadaan ini berlaku kerana badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid. Gangguan kitaran haid berlaku kerana hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan. Dalam tempoh ini, ada juga ibu mendapat haid dalam tempoh masa yang singkat, panjang dan haid yang banyak. Namun ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama. Tetapi tidak normal jika ia berlarutan dan proses penyusuan sudah berhenti dan masih tidak mendapat haid sekurang-kurangnya dua atau tiga kali kitaran. Segera berjumpa pegawai perubatan untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Malah dalam tempoh ini juga ada wanita yang melakukan penyusuan susu ibu tetap hamil! Jadi berhati-hatilah!

Penyusuan badan dikatankan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa empat hingga enam bulan selepas kelahiran (jika penyusuan secara eksklusif) Selepas tempoh ini, anda mungkin terdedah kepada kehamilan.

Berlebihan Hormon Prolaktin

Ada segelintir ibu mengalami, haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif. Kajian ada menunjukkan 10 sehingga 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus menerus mestipun darah nifas sudah berhenti. Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid. Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun.  Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Pengambilan Pil Perancang

Ibu yang mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan mengalakkan peningkatan hormon prolaktin. Bagaimanapun perlu diingat, gangguan haid boleh terjejas akibat pengambilan pil yang tidak mengikut peraturan betul. Perlu berjumpa doktor untuk memastikan pengambilan pil yang betul. Namun jika sepanjang tahun anda dapati haid masih belum ada, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Lazimnya pegawai perubatan akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan lain-lain. Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan kitaran haid anda akan diberi suplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal.

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

Order Shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *