Virus Zika – Punca dan Simptom Sehingga Viral di Seluruh Dunia (PAHO/WHO)

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Virus Zika – Punca dan Simptom Sehingga Viral di Seluruh Dunia (PAHO/WHO)

virus zika nyamuk aedis

Virus Zika menjadi viral dan sangat diperkatakan di seluruh dunia ketika ini. Namun, apakah sebenarnya Virus Zika?

Pan American Health Organization (PAHO) dan World Health Organization (WHO) menyatakan Virus Zika  disebabkan oleh gigitan nyamuk Aedes Aegypti

Virus ini dahulunya telah diasingkan pada tahun 1947 di dalam hutan Zika di Uganda. Sejak itu wabak kecil telah berlaku di Afrika dan turut terkesan di Asia. Namun, pada 2007 hampir 75% daripada penduduk di Pulau Yap (Micronesia) dilaporkan telah dijangkiti wabak virus Zika ini.

Pada 3 Mac 2014, Chile diberitahu PAHO/ WHO bahawa ia telah mengesahkan kes penularan asli virus Zika di Pulau Paskah, di mana virus itu terus dikesan sehingga Jun 2014 dan pada bulan Mei 2015, pihak berkuasa kesihatan awam Brazil mengesahkan penularan virus Zika telah sampai ke bahagian timur laut Brazil dan merebak ke negara-negara dan wilayah di Amerika sejak Oktober 2015.

virus_zika_jomvitamin

Simptom Virus Zika

Simptom yang paling biasa akibat jangkitan virus Zika adalah demam ringan dan ruam kulit, biasanya diiringi oleh konjunktivitis, otot atau sakit sendi, dan kelesuan bermula 2-7 hari selepas gigitan nyamuk yang telah dijangkiti. Kebiasaannya satu daripada empat orang yang dijangkiti mempunyai gejala penyakit ini. Ada beberapa kes virus Zika dilaporkan turut mengganggu sistem saraf dan komplikasi autoimun.

Cara Jangkitan Virus Zika

Secara umum, virus Zika memerlukan vektor (satu cara pengangkutan) untuk menjangkiti orang melalui nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang aktif di siang hari dan dapat hidup di dalam maupun luar ruangan. Virus Zika juga boleh ditularkan oleh wanita hamil pada janinnya selama masa kehamilan.

Negara yang terlibat dengan Virus Zika

Beberapa negara telah dilaporkan adanya kes virus Zika termasuk Barbados, Bolivia, Brasil, Cap Verde, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Haiti, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, Venezuela, dan Yap.

Cara rawatan Virus Zika

Tiada rawatan khusus untuk pesakit Virus Zika. Minum air yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi. Tiada vaksin atau ubat khusus untuk rawatan virus ini. Namun, pengambilan Nutriferon Shaklee iaitu interferon semulajadi di dunia turut membantu mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti demam ringan, kelesuan badan akibat jangkitan. Ia membantu meningkatkan sistem imuniti badan dan selamat diambil.

nutriferon_imun_0177319335

Virus Zika dan bahayanya pada Wanita Hamil

Jangkitan virus Zika pada ibu hamil kini menjadi perhatian yang amat membimbangkan. Peningkatan kes terjadinya microcephaly pada bayi yang baru lahir bawaan jangkitan daripada Ibu semasa hamil. Microcephaly adalah kelainan bawaan di mana bayi lahir dengan ukuran kepala yang lebih kecil. Hal ini disebabkan oleh kelainan perkembangan otak sejak dalam kandungan. Sebelum adanya virus Zika, penyebab microcephaly pada umumnya adalah down syndrome, kesan ubatan, alkohol, dan jangkitan rubella selama kehamilan.

Wanita hamil dan yang merancang untuk hamil dinasihatkan melakukan perlindungan ekstra terhadap gigitan nyamuk untuk mencegah jangkitan virus Zika semasa kehamilan. Pemakaian baju yang menutup sebahagian besar permukaan kulit, berwarna cerah, menghindari pemakaian wangian yang dapat menarik perhatian nyamuk seperti minyak wangi dan juga deodoran. Penggunaan krim selamat seperti Herbal Blend Shaklee turut membantu mencegah gigitan nyamuk Aedes.

herbal_blend_0177319335

Bahkan baru-baru ini, pemerintah Brazil dan Colombia meminta agar para wanita menunda kehamilan untuk sementara waktu. Anjuran yang lebih ekstrim diberikan oleh pemerintah El Savador yang menasihatkan agar wanita tidak hamil hingga tahun 2018.

Hubungi saya Nur Sumiran untuk konsultasi produk dan harga (✿◠‿◠)

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

Order Shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *