Demam Denggi – Kenali Punca dan Cara Mengatasi Demam Denggi

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Demam Denggi – Kenali Punca dan Cara Mengatasi Demam Denggi

demam denggi nyamuk aedes

Demam denggi adalah sejenis penyakit bawaan akibat dari gigitan nyamuk Aedes yang boleh membawa maut terutamanya jenis demam denggi berdarah. Demam denggi ini biasanya berlaku selama 10 hari atau lebih lama bergantung pada imunisasi badan seseorang. Ia biasanya kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.nyamuk aedes demam denggi

Jenis-jenis penyakit demam denggi 

Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

1. Demam denggi klasikal

Biasanya pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Namun, ia juga bergantung kepada usia penghidap tersebut. Pada bayi atau kanak-kanak ciri utama ialah ruam yang disertai oleh demam panas. Orang dewasa dan remaja pula demam kuat yang muncul dengan tiba-tiba yang berlangsung selama 2-7 hari, sakit kepala, sakit di belakang mata, sakit otot dan sendi yang diikuti oleh ruam yang timbul pada hari ke 3-4. Bintik-bintik merah di bawah kulit juga boleh didapati. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan ‘demam patah tulang’ atau ‘breakbone fever’.

Ujian makmal menunjukkan jumlah leukosit dan platlet dalam darah menurun.

 

2. Demam denggi berdarah

Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal.

Demam denggi berdarah mempunyai 4 ciri klinikal yang utama iaitu:

  1. Demam yang sangat panas
  2. Perdarahan yang berlaku seperti bintik-bintik merah di bawah kulit, perdarahan hidung, gusi, darah dalam najis (najis berwarna hitam), kencing berdarah dan kadang kala mendapat haid yang berlebihan.
  3. Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Pembesaran hati ini boleh mencapai 2-4cm di bawah tulang rusuk kanan.
  4. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti kesejukan dan kongesti kulit, kebiruan dan peningkatan kadar nadi. Pesakit juga kelihatan resah dan lemah dan turut mengalami renjatan atau sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai ‘Dengue Shock Syndrome’ (DSS).

Ujian makmal menunjukkan Thrombositopenia yang disertai dengan hemokonsentrasi yang ditunjukkan oleh peningkatan nilai hematokrit.

aedes

Cara Demam Denggi Merebak

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8-12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

kitaran hidup nyamuk aedes

 

Penyebab Demam Denggi

Penyakit demam denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes betina dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit. Vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albopictus. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis ‘serotype’ virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan Den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.

aedes3

Cara Mencegah Denggi

1. Lindungi diri dari gigitan nyamuk dengan memakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah. Sapu krim selamat pada kulit seperti Herbal Blend Shaklee untuk mengelakkan gigitan nyamuk.

 

herbal_blend_0177319335

2. Elakkan dari pergi ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak nyamuk Aedes mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Kerap menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minuman haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

aedes 4

 

Rawatan Demam Denggi

Rawatan bukan Farmakologi

1. Rawatan Demam Denggi Klasikal

Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

  • mengurangkan demam
  • mengelakkan dari perdarahan berlaku

2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

  1. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
  2. Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis – mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
  3. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
  4. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma. Penggantian awal dan segera plasma yang hilang, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.

 

Rawatan Farmakologi

Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.

 

Antara langkah lain yang boleh diambil ialah dengan pengambilan supplemen semulajadi iaitu:

piktochart_demam_denggi_0177319335

TESTIMONI NUTRIFERON SHAKLEE

TESTIMONI VIVIX SHAKLEE

Hubungi saya Nur Sumiran untuk konsultasi produk dan harga (✿◠‿◠)

SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

Order Shaklee

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *