Manfaat COQ HealthTM Plus atau Coenzyme Q10

COQ HealthTM Plus atau Coenzyme Q10 Shaklee di Malaysia telah dilancarkan pada Jun 2013 ketika berlangsungnya National Conference Shaklee di Sunway Resort Hotel & Spa 😉

7

coenzyme

 

Manfaat COQ HealthTM Plus atau Coenzyme Q10

Para saintis telah menjalankan banyak penyelidikan terhadap CoQ10 dan hasil yang paling memberangsangkan dicapai dalam bidang kardiologi.

Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai ‘Bapa CoQ10’ kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10.

Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri.

Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan.

Malah, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.

Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10.

Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya.

Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu.

Coenzim Q10

Majalah Southern Medical Journal (2001; 94:112-7) telah menerbitkan artikel berkenaan ujian klinikal yang berkaitan dengan Coenzim Q10, dimana ia merupakan suatu rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Dr. Peter H Langsjoen, M.D., F.A.C.C. (doktor, ahli biokimia dan penyelidik) berkata, “Dari pengalaman klinikal saya, kekurangan CoQ10 adalah penyebab kepada kekakuan otot jantung, yang akan menyebabkan badan bertindak balas dengan adrenalin. Dan seterusnya akan menyebabkan tekanan darah tinggi”.

Terdapat beberapa penyelidikan berkaitan CoQ10 dan semuanya menunjukkan peningkatan fungsi otot jantung dan lama kelamaan menurunkan tekanan darah.

Manfaat daripada CoQ10 untuk jantung kini merupakan suatu fakta yang telah pun diterima ramai di kalangan para doktor pada hari ini.

Banyak kajian menunjukkan kebaikan yang konsisten dalam kefungsian jantung di kalangan para pesakit yang mengambil CoQ10.

Adalah penting kita menyedari bahawa CoQ10 itu digunakan untuk menyokong rawatan-rawatan tradisi dan bukan sebagai penggantinya.

Hanya di

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

order now shaklee

 

Previous post:

Next post: