Vitamin / Supplemen Sebabkan Buah Pinggang Rosak?
Persoalan ni memang kerap ditanya. Makan banyak supplemen sebabkan buah pinggang rosak ke? Alhamdulillah ramai yang ambil berat dengan kesihatan diri dan kalau boleh taknak sampai kena dialisis bila buah pinggang rosak kan.
Sebenarnya banyak faktor yang boleh sebabkan buah pinggang rosak termasuklah kurang minum air, kerap tahan kencing, suka makan makanan masin, minuman bergas, kerap makan daging dan seafood, kerap ambil pil tahan sakit, merokok, obesiti, penyakit darah tinggi dan kencing manis juga menyumbang kepada sakit buah pinggang.
Dan makan Shaklee ok tak? Alhamdulillah Shaklee adalah satu-satunya syarikat supplemen semulajadi yang menjalankan landmark study yang diketuai Dr Gladys Block, Professor of Public Health Nutrition and Epidemiology, University of California, Berkeley. Hasil kajian menunjukkan pengamal vitamin Shaklee selama 20tahun terbukti lebih sihat dan risiko penyakit kronik lebih rendah. Penyakit metabolik ini berkait antara satu sama lain yang mana komplikasi penyakit ini akhirnya adalah kerosakan buah pinggang. Jadi dengan penurunan risiko penyakit metabolik ini, kadar risiko penyakit buah pinggang juga berkurang.
Boleh baca bagaimana seorang Professor yang ambil shaklee lebih 20tahun juga.
Dan ada juga soalan kalau buah pinggang dah rosak boleh makan Shaklee tak? Boleh ambil Vivix Shaklee suplemen yang kaya dengan resveratrol dan polifenol.
Kajian mendapati resveratrol membantu pesakit buah pinggang melalui 6 cara iaitu:
1) Resveratrol tinggi kandungan antioksidan di mana ianya dapat mengurangkan oksidatif pada sel nephron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang
2) Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang normal
3) Mengurangkan pengumpulan platlet pada buah pinggang
4) Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
5) Mengurangkan proses lipid peroksida
6) Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang.
InShaAllah kita usaha untuk sihat ya.
Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.