Kentut Faraj / Kentut Vagina

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Kentut Faraj / Kentut Vagina

kentut-vagina-kentut-faraj

Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj. Tetapi ketika seks, pergerakan zakar boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj. Udara ini perlu dikeluarkan kerana secara lazimnya tiada udara berada di dalam saluran faraj. Kedua-dua dinding faraj bertemu dan menutup jalan, menghalang kemasukan barang asing, udara dan air ke dalam faraj, seterusnya ke dalam rahim dan ke dalam peritoneal cavity (perut). Oleh itu, “ kentut faraj / kentut vagina ” ini berlaku apabila kumpulan udara ini dikeluarkan daripada faraj yang boleh berlaku ketika ataupun setelah melakukan seks. Perkara ini lazim berlaku dan tidak sepatutnya merisaukan wanita, walaupun ramai wanita merasa malu dan rendah diri. Diharapkan setelah mengetahui sebab dan keadaan berlakunya kentut faraj / kentut vagina ini, pasangan tidak lagi mempunyai sangkaan buruk dan wanita tidak lagi berasa malu dan rendah diri In Shaa Allah.

kentut-vagina

Kentut Faraj / Kentut Vagina

Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini lazim berlaku apabila seseorang wanita sudah menopaus selain ketika atau selepas melakukan seks. Setelah melahirkan anak, faraj akan mengembang dan akan menjadi lebih teruk apabila menopaus, kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku kerana hormone kewanitan (estrogen dan progesterone) sudah tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari. Ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapa memasuki ke dalam faraj terutamanya dalam posisi menonggeng / sujud. Keadaan ini boleh diatasi dengan melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman kemutan) – “Kegels exercises”.

Oleh kerana angin itu adalah udara di sekeliling, jadi tidak berbau, walaupun kadang-kadang berbunyi macam “kentut”. Manakala kentut pula, adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Lazimnya kentutu berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur. Untuk mengurangkan masalah kentut yang terlalu kerap, elakkan makanan yang mengandungi protein yang tinggi seperti kekacang, makanan hasil daripada tenusu, daging serta minuman bergas (carbonated drinks). Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj. Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan rawatan antibiotik.

Apakah angin yang keluar daripada faraj membatalkan wuduk?

Di dalam sepotong Hadis, Nabi S.A.W. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak? Janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau.” Riwayat Muslim. Berdasarkan Hadis ini, fuqahak Mazhab Syafi’ei dan Hanbali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan, iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk. Manakala fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana keluar angin gadipada qubul bukanlah daripada perkara yang biasa dan tidak ada dalil yang jelas menunjukkan membatalkan wuduk. Oleh kerana tiada dalil yang jelas maka mereka berpegang kepada kaedah fiqhiyyah “asal sesuatu perkara itu kekal kecuali ada yang merubahnya”. Kalau kita teliti huraian yang diberikan di atas mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua-duanya ada perbezaan. Angin daripada faraj adalah udara yang berligar di sekitarnya, sedangkan angin daripada dubur adalah yang keluar daripada dalam usus. Dan Hadis di atas adalah merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus dan Nabi S.A.W. menyebut “Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya,…”

Justeru itu, penulis secara peribadi lebih cenderung kepada pendapat fuqahak Mazhab Hanafi dan Maliki.

WallahuA’lam.

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

Order Shaklee

Sumber : majalah jelita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *