Cili Benggala Bantu Kurangkan Kolesterol

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

Cili Benggala Bantu Kurangkan Kolesterol

cili-genggala

Cilli Benggala atau lebih dikenali dengan nama capsicum termasuk dalam kumpulan keluarga Solanaceae. Ia berasal dari Maxico dan Amerika Tengah. Tetapi kini ia banyak ditanam di negara bersuhu panas untuk dijadikan sebagai rempah, sayuran dan juga ubat.

cili-genggala

Tanaman ini memiliki pelbagai varieti dan nama bergantung kepada tempat dan jenisnya. Cili benggala memiliki pelbagai warna daripada hijau, merah, kuning, oren, ungu, coklat sehinggalah hitam. Walaupun warnanya berbeza, semua jenis cili benggala ini tergolong dalam tanaman yang dikenali dengan nama saintifiknya Capsicum annuum.

Cili benggala turut juga dikenali sebagai chilli pepper, merah atau hijau di Amerika Utara, atau sweet pepper di Britain, dan capsicum di Australia, New Zealand, dan India. Bentuk cili benggala yang besar membuatkannya dikenali sebagai bell pepper di Amerika Syarikat dan Kanada. Ia juga turut dipanggil paprika di sesetengah negara (walaupun paprika boleh juga merujuk kepadea serbuk cili yang dihasilkan daripada pelbagai buah capsicum).

Kira-kira 5000 BC, orang-orang Indian di Amerika Selatan menikmati makanan yang diperbuat daripada cili benggala. Orang Indian Mexico dan orang Cina (Hunan dan Szechuan) telah menggunakan cili benggala dalam kebanyakan hidangan mereka sehingga kini. Malah terdapat budaya yang turut menggunakan cili benggala dalam perubatan herba untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.

Di dalam cili benggala terdapat antioksidan dan zat fito antikeradangan. Zat fito ini termasuklah flavonoids dan asid hydroxycinnamic. Terdapat juga karotenoid seperti alpha-karotena, beta-karotena, cryptoxanthin, lutein dan zeaxanthin. Cili benggala juga kaya dengan sumber vitamin A, C, B6, B1, B2, B3, B5, E, serat, folat, kalium, vitamin K, mangan dan magnesium.

Rupa cili benggala adalah seperti loceng yang memiliki lobus atau cuping sebanyak tiga atau empat. Cili benggala berwarna hijau dan ungu memiliki rasa yang sedikit pahit. Sementara warna merah, oren dan kuning lebih manis seperti rasa buah.

Alternatif Rawat Masalah Kesihatan

Bahan utama yang mengawal kepedasan dalam cili benggala dikenali sebagai capsaicin dan ia hanya dijumpai dalam jumlah yang kecil. Capsaicin memiliki sifat-sifat antibakteria, antikarsinogenik, analgesic dan antidiabetik. Ia dikatakan mampu mengurangkan tahap kolesterol LDL buat mereka yang obes.

Warna merah cili berikutan dengan kandungan vitamin A yang tinggi. Cili benggala telah digunakan selama berdekad sebagai mangkin untuk herba-herba lain. Disebabkan cili benggala mampu merangsang peredaran dan mempertingkatkan aliran darah, ia boleh dipertimbangkan sebagai makanan untuk sistem peredaran.

Sebagai perangsang kardiovaskular, cili benggala dikatakan mampu membantu dalam merendahkan tekanan darah dan memecahkan pembinaan kolesterol. Ciri-ciri pemanasan dalam cili benggala dikatakan amat berguna untuk merawat masalah peredaran yang kurang baik pada tangan dan kaki.

Cili benggala juga dikatakan boleh digunakan sebagai bahan pembantu pencernaan untuk melegakan keradangan usus, merangsang perlindungan membrane mukus pada perut dan juga melegakan kesakitan yang disebabkan ulser.

Selama bertahun juga, cili benggala juga telah digunakan sebagai ubat alternatif oleh pengamal perubatan untuk merawat pelbagai jenis masalah kesihatan seperti sakit perut, kekejangan perut akibat haid, sakit kepala, kayap, diarea, hilang selera makan, ulser perut, pencernaan kurang baik, sakit tekak, kegatalan, alkoholisme, mabuk akibat pergerakan, sakit gigi, malaria dan demam kuning.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan cili benggala, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan untuk mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

sumber:mingguanwanita

BAGAIMANA Phytocol Shaklee Dapat Membantu Turunkan Kolesterol?

– PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari.

– Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol.

– Menepati 100% keperluan harian fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).

– Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis.

jomvitamin.com

jomvitamin shaklee

Order Shaklee

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *