About Me

Vitamin Shaklee | Rahsia Cantik Sihat Dengan Vitamin

 bismillah

 

about me nur sumiran pengedar shakleeAssalamualaikum w.b t

untuk semua pengunjung JomVitamin.com dari seluruh pelusuk dunia tidak kira di mana anda berada 🙂

Jutaan terima kasih kepada anda semua 🙂 🙂 🙂

Pelayaran anda di JomVitamin.com memberi impak besar kepada kami untuk terus berkongsi info-info terkini berkaitan kesihatan dan produk Shaklee dalam membantu mengoptimumkan kesihatan anda.

Kami mengalu-alukan pembacaan anda di JomVitamin.com bagi memaksimumkan momentum penulisan kami dan memantapkan cara dan gaya penyampaian secara ilmiah bersama kajian-kajian yang dilakukan oleh para ribuan saintis dunia khasnya dalam dunia Shaklee.

 

Dunia penyelidikan dan diri saya memang tidak dapat dipisahkan.

Graduan lulusan dalam bidang Mikrobiologi pada tahun 2001 dan kemudiaannya Sarjana Muda Kimia pada tahun 2003, saya meneruskan pengajian dalam bidang penyelidikan penuh bermula dari 2004 sehinggalah sekarang.

Master secara penyelidikan penuh dalam Farmaseutikal Teknologi pada tahun 2004 telah membawa saya menukar status kepada pelajar kedoktoran pada tahun 2006 lantaran kajian yang memberangsangkan dalam “Oral Drug Delivery System” melalui pengaplikasian bahan polimer yang dipanggil ‘pektin’; iaitu satu bahan yang biasa diperolehi daripada kulit epal atau limau 🙂

 

Menarik bukan?? 🙂

Ini adalah hasil penyelidikan ketika pengajian di peringkat Master saya 😉

  1. Nurjaya, S. and Wong, T.W.. Effects of microwave on drug release properties of matrices of pectin. Carbohydrate Polymers. 62(3), 245-257, 2005.
  2. Wong, T.W. and Nurjaya, S.. Drug release property of chitosan–pectinate beads and its changes under the influence of microwave. European Journal of Pharmaceutics and Biopharmaceutics. 69, 176–188, 2008.

 

Terus terang saya katakan, bidang penyelidikan bukanlah sesuatu yang mudah.

Jika kita lihat sejarah dunia tentang sains teknologi, kajian selama berpuluh-puluh tahun oleh pakar saintis-saintis dunia bukanlah suatu yang pelik.

 

Siapakah yang mula-mula mempelopori kajian sains di dunia??

ISLAM!!  Para pengkaji sains awal abad dunia dahulu kala adalah ahli pemikir dan saintis hebat Islam dan ketika itulah ‘Zaman Kegemilangan Islam” di dunia.

Di mana ketika itu berlakunya ‘zaman kegelapan’ di Eropah sebelum orang-orang Eropah mencedok ilmu sains daripada para ilmuwan Islam untuk dibawa ke Eropah dan tercetusnya ‘zaman renaissance’ iaitu ‘zaman kebangkitan’.

 

Bacalah sejarah dunia…dan kita tidak hanya boleh berbangga dengan kegemilangan Islam ketika itu..

Kitalah yang wajib menyambung dan meneruskan kemaraan kajian-kajian hebat!!

 

Berbalik kepada cerita saya 😉

2006 bermulanya saya menjalankan penyelidikan khusus dalam diabetes atau kencing manis.

Umum mengetahui di peringkat global, diabetes merupakan salah satu ‘penyakit tidak berjangkit’ dan merupakan keempat daripada lima punca utama kematian di negara-negara maju.

Kajian saya adalah untuk mencari laluan alternatif untuk menyampaikan insulin ke dalam badan pesakit diabetes dalam bentuk nanopartikel.

Kedengaran agak mudah bukan

Jika mudah maka tidaklah saya mengambil masa bertahun-tahun dalam pengajian sehingga ke hari ini 😉 😉

about me nur sumiran pengedar shaklee

Alhamdulillah saya telah pun tamat pengajian dengan menghantar tesis dan telah membuat pembentangan ‘viva’ penyelidikan selama untuk tempoh beberapa tahun ini 🙂

Ini pula adalah jurnal yang berjaya ditulis berkait rapat dengan pengajian kedoktoran saya 🙂 🙂

  1. Wong, T.W., Nurjaya, S., Mohd Tarmizi, M.M., Aminah, K.. Blood glucose lowering property of water in oral insulin-fed diabetic rats. Pharmaceutical Biology. 50(11), 1463-1466, 2012.
  2. Wong, T.W., Nurjaya, S.. Oral calcium pectinate-insulin nanoparticles: influences of alginate, sodium chloride and Tween 80 on their blood glucose lowering performance (Accepted by Journal of Pharmacy and Pharmacology).

 

 Apa kaitan kisah penyelidikan saya dengan Shaklee pula? 😉 😉

Bukankah kesemua produk Shaklee melalui penyelidikan demi penyelidikan sebelum ia dikeluarkan?

Dan penyelidikan bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia memerlukan masa, tenaga, kepakaran dan juga KOS yang sangat tinggi.

Dengan pelaburan lebih USD 300 juta dalam penyelidikan, Shaklee menjadi pengeluar supplemen SEMULAJADI TERBAIK dunia.

Menekankan konsep SIHAT, SEMULAJADI dan SELAMAT menjadikan Shaklee sudah berada lebih 5 dekad sebagai produk kesihatan terulung di dunia.

Penglibatan saya dalam penyelidikan mematangkan saya tentang jerih perih payahnya untuk menjadikan sesuatu produk itu benar-benar membantu mengoptimumkan kesihatan kita.

Dan apakah contoh produk Shaklee yang amat berkaitan dengan kajian penyelidikan saya bertahun-tahun ini?

Pastinya VIVIX Shaklee atau Sirap Shaklee 🙂

Kajian dan pelaburan yang tinggi terhadap produk ini membolehkan VIVIX Shaklee menjadi keperluan supplemen terbaik kepada para pesakit diabetes dalam membantu mendapatkan paras glukosa yang normal 🙂

InSHa Allah 🙂

 

 

Itulah cerita SAYA dan SHAKLEE…

 

Shaklee dan Anda..bagaimana??

 

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Malaysia untuk pasaran global dan antarabangsa termasuk di Singapura, Indonesia, Brunei dan di merata dunia.

 

Hanya produk Shaklee di Malaysia sahaja yang mendapat status HALAL

maka hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan PRODUK, KONSULTASI dan HARGA

 

NUR SUMIRAN (911481)

0177319335

jomvitamin@gmail.com

fb: Jom Vitamin Dot Com

about me nur sumiran pengedar shaklee

azharazfar.com

 

Nota:

Segala perkongsian daripada saya adalah ikhlas dan jujur, tiada niat secuit pun di dalam hati tentang rasa riak, takbur, ujub kerana sedikit yang saya ada ini PASTI tidak dapat menandingi kehebatan Allah S.W.T. Semoga Allah sentiasa redha dan melimpahkan barakah ke atas segala perkongsian saya di Jom Vitamin.

Apa yang saya cuba sampaikan dan amat tekankan kepada pengunjung Jom Vitamin adalah selidikilah apa jua sebarang makanan samada suplemen, ubatan malah makanan kita seharian tentang keHALALannya dan sekiranya ada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ia dipasarkan. Segala testimonial yang saya turut sertakan di sini adalah jujur daripada para pengguna sendiri, tiada rekaan dan ‘overclaim’.

Niat saya ingin membantu ramai di luar sana untuk sama merasai kebaikan Shaklee kerana lambakan produk-produk yang tidak sampai pun setahun jagung menjadi pilihan pengguna yang akhirnya menjadi mangsa rakusan mahu cantik dan mahu sihat cepat.

Semoga Allah memberi pilihan yang terbaik kepada pengunjung Jom Vitamin, diberi kesihatan yang terbaik agar dapat menunaikan ibadah sebagai khalifah di muka bumi Allah yang sangat menakjubkan ini, sentiasa mendapat rahmah, keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

 

Ameen.

 

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

 

Wassalam

Nurjaya Sumiran 🙂

onsihat 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *